Laporan Ringkas Program Ikatan Hati "Keluargaku Hidupku"

Tuesday, October 25, 2011

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Yang Maha Pencita. Program yang telah dirancang akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program yang telah dijalankan ini bertujuan membantu para peserta bersama ibubapa menelusuri peribudi masing-masing agar keunggulan institusi kekeluargaan yang dibina akan terus kukuh dan berkat.

Bermula dengan sesi ceramah daripada pegawai LPPKN Negeri Perak yang menyentuh perihal tanggungjawab dan kepentingan kasih sayang dalam sistem kekeluargaan. Yang mana, setiap peserta dan ibubapa dikehendaki menyenaraikan segala impian dan harapan yang diinginkan daripada ibubapa ataupun peserta.

Seterusnya, sesi ceramah diteruskan oleh pegawai Polis Di Raja Malaysia yang mengupas tuntutan dari aspek perundangan serta akibat dari salahlaku. Akta, Enakmen, hukuman dan pelbagai istilah perundangan diperjelaskan dengan lebih terperinci kepada para peserta serta ibubapa.

Manakala sesi terakhir ceramah dikendalikan oleh pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak.
Pihak urusetia amat berbesarhati dengan kehadiran En Mohd Mahir b Mohd Tahir yang sudi merasmikan penutupan program ini.

Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat, serta mudah-mudahan program yang bermanfaat seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi di masa hadapan.




Read more...

Program Ikatan Hati “Keluargaku Hidupku”

Friday, October 21, 2011

Program Ikatan Hati “Keluargaku Hidupku” ini telah dirancang bagi memberikan kesempatan kepada para peserta yang diletakkan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama ibu atau bapa atau penjaga masing-masing yang dianjurkan khas kepada mereka. Jalinan perhubungan kekeluargaan yang mesra menjadi intipati pengisian di dalam program sehari ini agar semua peserta dapat memahami peri pentingnya dorongan dan juga ikatan emosi di antara satu sama lain. Adalah diharapkan agar program ini membawa manfaat kepada para peserta dalam membentuk keperibadian yang mulia di samping keluarga.

Program ini akan berlangsung di Dewan Tun Abdul Razak, Persekutuan Seruan Islam Perak, Jalan Seruan, Ipoh Perak Darul Ridzuan.

SABTU 22 OKTOBER 2011

8.00 pagi - Pendaftaran peserta / Sarapan

9.00 pagi - Taklimat program

9.30 pagi - Ceramah I - Kekeluargaan
(LPPKN Negeri Perak)

11.45 pagi - Ceramah II - Perundangan
(Polis Diraja Malaysia)

12.45 tghari - Makan Tengahari / Solat Zohor

2.15 petang - Ceramah III - Motivasi
(Jabatan Pendidikan Negeri Perak)

4.15 petang - Majlis Perasmian Penutup


Majlis Perasmian Penutup

4.30 petang - Ucapan Pengerusi Majlis

- Bacaan Doa

- Ucapan Wakil Peserta

- Ucapan Pengerusi JKKD Kinta

- Ucapan Perasmian Penutup

- Jamuan ringan

- Bersurai.

Read more...

Notis : Mesyuarat JKKD. Kinta Bil 1/2010-2013

Tuesday, September 20, 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa semua Ahli JKKD Kinta yang dilantik, dijemput untuk menghadiri mesyuarat Ahli JKKD. Kinta Bil 1/2010-2013 seperti butiran berikut:

Tarikh : 27 September 2011 (Selasa)
Masa : 4.30 petang
Tempat : Hotel Seri Malaysia
Ipoh, Perak.

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan PKMD Kinta
3. Penyampaian Sijil Lantikan Ahli JKKD. Kinta 2010-2013
4. Perlantikan Setiausaha dan Bendahari
5. Pembentangan Kewangan
6. Perbincangan Aktiviti
7. Hal-hal Lain

Mesyuarat ini adalah yang pertama kali diadakan selepas perlantikan rasmi ahli JKKD. Kinta bagi tempoh 2010 hingga 2013. Oleh yang demikian kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan.

Sekian. Terima kasih.

Pengerusi
Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Kinta.

Read more...

Program Jalinan Kasih

Tuesday, March 30, 2010

Program Jalinan Kasih yang diadakan di Sekolah Latihan Wanita, Persekutuan Seruan Islam Perak pada 27 Mac 2010 telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Seawal jam 9 pagi, program dimulakan dengan satu slot yang dikendalikan oleh Kaunselor Cik Nur Khalilah bersama dengan ahli-ahli JKKD Kinta. Program kemudian diteruskan dengan sesi ceramah oleh En. Teh Guan Bee manakala sesi ceramah terakhir disampaikan oleh Ustaz Harith Fadzillah.

Pelbagai aktiviti pengisian dan maklumat dari sudut penerapan nilai murni kekeluargaan dan pembangunan modal insan diterapkan dalam program tersebut.

Majlis penutup pula telah dirasmikan oleh En. Shamsul Anuar bin Abdullah, Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak yang turut dihadiri oleh para penasihat mahkamah juvana.

Pihak JKKD Kinta merancang agar program seperti ini akan kerap kali diadakan dengan harapan misi dan visi untuk memupuk nilai murni kekeluargaan dalam masyarakat terutama terhadap anak-anak dan generasi muda dapat disampaikan dengan berkesan.




Read more...

Notis Mesyuarat Program Jalinan Kasih.

Thursday, March 18, 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa semua Ahli JKKD Kinta dijemput untuk menghadiri mesyuarat khas seperti butiran berikut:

Tarikh : 23 Mac 2010 (Selasa)
Masa : 5.00 petang
Tempat : Restoran Laksamana Cheng Ho (Banglo)
No. 137, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh.

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Pengerusi
2. Taklimat program dan perlantikan AJK Kerja.
3. Hal-hal lain.

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan satu program khas mengenai kanak-kanak yang dijangka akan berlangsung pada penghujung bulan Mac ini. Oleh yang demikian kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan.

Sekian. Terima kasih.

Pengerusi
Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Kinta.

Read more...

Laporan Ringkas Mesyuarat Khas 5 Feb 2010

Tuesday, February 9, 2010




Sesi Mesyuarat Khas telah berlangsung dengan jayanya. Pembentangan kertas kerja untuk program bersama JKKD Kinta, JKKD Bt Gajah dan JKKD Gopeng/Kampar telah disampaikan oleh Cik Putri Hanisah, Kaunselor dari Pejabat Kebajikan Daerah Bt Gajah. Semua ahli mesyuarat telah bersetuju untuk menjayakan program berkenaan dengan beberapa pindaan di antaranya tarikh dan tempat penganjuran program.

Rentetan dari keputusan mesyuarat tersebut, Pengerusi JKKD Kinta, JKKD Bt Gajah dan JKKD Gopeng/Kampar akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Pegawai Pejabat Kebajikan Daerah.

Sebarang makluman terkini akan dipaparkan di laman ini dan jemputan mesyuarat yang akan datang akan dimaklumkan melalui email.

Sekian. Terima kasih.

Setiausaha
Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak
Daerah Kinta.

Read more...

Notis Mesyuarat Khas JKKD Kinta, Batu Gajah dan Gopeng/Kampar

Friday, February 5, 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa semua Ahli JKKD Kinta dijemput untuk menghadiri mesyuarat khas seperti butiran berikut:

Tarikh : 5 Februari 2010 (Jumaat)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Bilik Seri Banding
Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Agenda Mesyuarat:

  1. Ucapan Pengerusi
  2. Ucapan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta
  3. Perbincangan Khas Program Bersama (JKKD Kinta, Bt Gajah dan Gopeng/Kampar) Kertas kerja akan dibentangkan oleh Cik Nur Khalilah bt Sanam, Pegawai Psikologi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta.
  4. Hal-hal lain.

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan satu program khas mengenai kanak-kanak yang telah diperintahkan oleh mahkamah menyempurnakan satu bon berkelakuan baik. Oleh yang demikian kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan.

Sekian. Terima kasih.

Pengerusi
Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Kinta.

Read more...
© Hakcipta 2010, Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Kinta, Ipoh Perak Darul Ridzuan.
Penafian: Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

  © Designer 2009

Back to TOP