Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts

Perlantikan Ahli JKKD Kinta 2013 - 2016

Tuesday, February 18, 2014

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua ahli Jawatankuasa Kanak-kanak Daerah Kinta yang telah dilantik secara rasmi oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi tempoh 1 Ogos 2013 hingga 31 Julai 2016.

Berikut adalah senarai nama ahli JKKD Kinta berkenaan:

  1. Tuan Haji Md. Izatzi bin Othman, PPT.,PPN.
  2. Encik Zainuddin bin Muhammad
  3. Tuan Haji Rosli bin Hassan, PPN.
  4. Encik Basri bin Mohd. Noor, PPT.,PPN.
  5. Tuan Haji Mohd. Hussain bin Dato' Seri Haji Abdullah, AMP.,BKT.
  6. Encik Aziz bin Ramli, PPT.,PPN.,PJK.
  7. Encik Azmil Khusaini bin Khalid, PPT.
  8. Encik Taupiq Al-Hakim bin Haji Abdullah
  9. Encik Zairol Hizam bin Haji Zakaria, AMP.
  10. Encik Amir bin Azli
  11. Puan Norhayati binti Abd. Manan
  12. Puan Hajah Suraya binti Abd. Kadir, PPN.,PJK.
  13. Puan Saliza binti Indra
  14. Puan Sagayam Mary Kuppusamy


Sehubungan itu, satu majlis penyampaian Sijil Lantikan akan diadakan pada sesi Mesyuarat JKKD. Kinta Bil1/2013-2016 :

  • Tarikh :  20 Februari 2014
  • Hari :  Khamis
  • Jam :  4.30 petang
  • Tempat :  Bilik Mesyuarat, Asrama Silibin Ipoh.
 Semoga dengan amanah yang diberikan melalui perlantikan rasmi ini, dapat memberi sumbangan yang besar dalam membantu membangunkan pembentukan kanak-kanak dan remaja sebagai modal insan yang cemerlang dan terbilang.

Tahniah.

Read more...

Notis Mesyuarat Khas JKKD Kinta, Batu Gajah dan Gopeng/Kampar

Friday, February 5, 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa semua Ahli JKKD Kinta dijemput untuk menghadiri mesyuarat khas seperti butiran berikut:

Tarikh : 5 Februari 2010 (Jumaat)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Bilik Seri Banding
Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Agenda Mesyuarat:

  1. Ucapan Pengerusi
  2. Ucapan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta
  3. Perbincangan Khas Program Bersama (JKKD Kinta, Bt Gajah dan Gopeng/Kampar) Kertas kerja akan dibentangkan oleh Cik Nur Khalilah bt Sanam, Pegawai Psikologi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta.
  4. Hal-hal lain.

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan satu program khas mengenai kanak-kanak yang telah diperintahkan oleh mahkamah menyempurnakan satu bon berkelakuan baik. Oleh yang demikian kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan.

Sekian. Terima kasih.

Pengerusi
Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Kinta.

Read more...
© Hakcipta 2010, Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Kinta, Ipoh Perak Darul Ridzuan.
Penafian: Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

  © Designer 2009

Back to TOP