Program Jalinan Kasih
Tuesday, March 30, 2010
Program Jalinan Kasih yang diadakan di Sekolah Latihan Wanita, Persekutuan Seruan Islam Perak pada 27 Mac 2010 telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Seawal jam 9 pagi, program dimulakan dengan satu slot yang dikendalikan oleh Kaunselor Cik Nur Khalilah bersama dengan ahli-ahli JKKD Kinta. Program kemudian diteruskan dengan sesi ceramah oleh En. Teh Guan Bee manakala sesi ceramah terakhir disampaikan oleh Ustaz Harith Fadzillah.
Pelbagai aktiviti pengisian dan maklumat dari sudut penerapan nilai murni kekeluargaan dan pembangunan modal insan diterapkan dalam program tersebut.
Majlis penutup pula telah dirasmikan oleh En. Shamsul Anuar bin Abdullah, Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak yang turut dihadiri oleh para penasihat mahkamah juvana.
Pihak JKKD Kinta merancang agar program seperti ini akan kerap kali diadakan dengan harapan misi dan visi untuk memupuk nilai murni kekeluargaan dalam masyarakat terutama terhadap anak-anak dan generasi muda dapat disampaikan dengan berkesan.
0 comments:
Post a Comment