Program Jalinan Kasih

Tuesday, March 30, 2010

Program Jalinan Kasih yang diadakan di Sekolah Latihan Wanita, Persekutuan Seruan Islam Perak pada 27 Mac 2010 telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Seawal jam 9 pagi, program dimulakan dengan satu slot yang dikendalikan oleh Kaunselor Cik Nur Khalilah bersama dengan ahli-ahli JKKD Kinta. Program kemudian diteruskan dengan sesi ceramah oleh En. Teh Guan Bee manakala sesi ceramah terakhir disampaikan oleh Ustaz Harith Fadzillah.

Pelbagai aktiviti pengisian dan maklumat dari sudut penerapan nilai murni kekeluargaan dan pembangunan modal insan diterapkan dalam program tersebut.

Majlis penutup pula telah dirasmikan oleh En. Shamsul Anuar bin Abdullah, Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak yang turut dihadiri oleh para penasihat mahkamah juvana.

Pihak JKKD Kinta merancang agar program seperti ini akan kerap kali diadakan dengan harapan misi dan visi untuk memupuk nilai murni kekeluargaan dalam masyarakat terutama terhadap anak-anak dan generasi muda dapat disampaikan dengan berkesan.




Read more...

Notis Mesyuarat Program Jalinan Kasih.

Thursday, March 18, 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa semua Ahli JKKD Kinta dijemput untuk menghadiri mesyuarat khas seperti butiran berikut:

Tarikh : 23 Mac 2010 (Selasa)
Masa : 5.00 petang
Tempat : Restoran Laksamana Cheng Ho (Banglo)
No. 137, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh.

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Pengerusi
2. Taklimat program dan perlantikan AJK Kerja.
3. Hal-hal lain.

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan satu program khas mengenai kanak-kanak yang dijangka akan berlangsung pada penghujung bulan Mac ini. Oleh yang demikian kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan.

Sekian. Terima kasih.

Pengerusi
Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Kinta.

Read more...
© Hakcipta 2010, Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Kinta, Ipoh Perak Darul Ridzuan.
Penafian: Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

  © Designer 2009

Back to TOP