Notis Mesyuarat Khas JKKD Kinta, Batu Gajah dan Gopeng/Kampar
Friday, February 5, 2010
Sukacita dimaklumkan bahawa semua Ahli JKKD Kinta dijemput untuk menghadiri mesyuarat khas seperti butiran berikut:
Tarikh : 5 Februari 2010 (Jumaat)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Bilik Seri Banding
Hotel Seri Malaysia, Ipoh.
Agenda Mesyuarat:
- Ucapan Pengerusi
- Ucapan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta
- Perbincangan Khas Program Bersama (JKKD Kinta, Bt Gajah dan Gopeng/Kampar) Kertas kerja akan dibentangkan oleh Cik Nur Khalilah bt Sanam, Pegawai Psikologi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta.
- Hal-hal lain.
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan satu program khas mengenai kanak-kanak yang telah diperintahkan oleh mahkamah menyempurnakan satu bon berkelakuan baik. Oleh yang demikian kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan.
Sekian. Terima kasih.
Pengerusi
Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Kinta.
0 comments:
Post a Comment