Laporan Ringkas Mesyuarat Khas 5 Feb 2010

Tuesday, February 9, 2010




Sesi Mesyuarat Khas telah berlangsung dengan jayanya. Pembentangan kertas kerja untuk program bersama JKKD Kinta, JKKD Bt Gajah dan JKKD Gopeng/Kampar telah disampaikan oleh Cik Putri Hanisah, Kaunselor dari Pejabat Kebajikan Daerah Bt Gajah. Semua ahli mesyuarat telah bersetuju untuk menjayakan program berkenaan dengan beberapa pindaan di antaranya tarikh dan tempat penganjuran program.

Rentetan dari keputusan mesyuarat tersebut, Pengerusi JKKD Kinta, JKKD Bt Gajah dan JKKD Gopeng/Kampar akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Pegawai Pejabat Kebajikan Daerah.

Sebarang makluman terkini akan dipaparkan di laman ini dan jemputan mesyuarat yang akan datang akan dimaklumkan melalui email.

Sekian. Terima kasih.

Setiausaha
Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak
Daerah Kinta.

Read more...

Notis Mesyuarat Khas JKKD Kinta, Batu Gajah dan Gopeng/Kampar

Friday, February 5, 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa semua Ahli JKKD Kinta dijemput untuk menghadiri mesyuarat khas seperti butiran berikut:

Tarikh : 5 Februari 2010 (Jumaat)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Bilik Seri Banding
Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Agenda Mesyuarat:

  1. Ucapan Pengerusi
  2. Ucapan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta
  3. Perbincangan Khas Program Bersama (JKKD Kinta, Bt Gajah dan Gopeng/Kampar) Kertas kerja akan dibentangkan oleh Cik Nur Khalilah bt Sanam, Pegawai Psikologi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta.
  4. Hal-hal lain.

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan satu program khas mengenai kanak-kanak yang telah diperintahkan oleh mahkamah menyempurnakan satu bon berkelakuan baik. Oleh yang demikian kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan.

Sekian. Terima kasih.

Pengerusi
Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Kinta.

Read more...
© Hakcipta 2010, Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah Kinta, Ipoh Perak Darul Ridzuan.
Penafian: Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

  © Designer 2009

Back to TOP