Laporan Ringkas Program Ikatan Hati "Keluargaku Hidupku"
Tuesday, October 25, 2011
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Yang Maha Pencita. Program yang telah dirancang akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program yang telah dijalankan ini bertujuan membantu para peserta bersama ibubapa menelusuri peribudi masing-masing agar keunggulan institusi kekeluargaan yang dibina akan terus kukuh dan berkat.
Bermula dengan sesi ceramah daripada pegawai LPPKN Negeri Perak yang menyentuh perihal tanggungjawab dan kepentingan kasih sayang dalam sistem kekeluargaan. Yang mana, setiap peserta dan ibubapa dikehendaki menyenaraikan segala impian dan harapan yang diinginkan daripada ibubapa ataupun peserta.
Seterusnya, sesi ceramah diteruskan oleh pegawai Polis Di Raja Malaysia yang mengupas tuntutan dari aspek perundangan serta akibat dari salahlaku. Akta, Enakmen, hukuman dan pelbagai istilah perundangan diperjelaskan dengan lebih terperinci kepada para peserta serta ibubapa.
Manakala sesi terakhir ceramah dikendalikan oleh pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak.
Pihak urusetia amat berbesarhati dengan kehadiran En Mohd Mahir b Mohd Tahir yang sudi merasmikan penutupan program ini.
Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat, serta mudah-mudahan program yang bermanfaat seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi di masa hadapan.